Ikut Jejak Langkah Lukaku Ke Inter Milan ,Sanchez

Ikut Jejak Langkah Lukaku Ke Inter Milan ,Sanchez – Inter Milan akhirnya mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk mendapatkan Alexis Sanchez secara pinjaman.

Ikut Jejak Langkah Lukaku Ke Inter Milan ,Sanchez

Belum ada pengumuman rasmi dari kedua-dua kelab mengenai perkara ini, namun laporan Sky di Itali telah mengesahkan kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan.

Inter dilaporkan akan membayar sehingga €5 juta untuk gaji pemain antarabangsa Chile itu. Sanchez dijangka akan tiba di Milan pada hari ini untuk pemeriksaan perubatan.

Inter sebelum itu telah membawa masuk Romelu Lukaku dari United dengan tanda harga £73 juta pada awal bulan, bagaimanapun tidak diberikan pilihan untuk melengkapkan perjanjian pinjaman kepada perpindahan secara tetap.

Sanchez beraksi dengan baik untuk negaranya diPasang Bola kejohanan Copa America yang lalu, namun masih belum beraksi untuk United pada musim ini akibat kecederaan ketika tugasan antarabangsa.

Namun beliau sudah mulai kembali cergas setelah terlibat dengan perlawanan persahabatan menentang Sheffield United yang diadakan secara tertutup baru-baru ini.

Keputusan membenarkan Sanchez menyertai Inter bermakna United tidak memiliki banyak pilihan pemain di bahagian hadapan. Buat masa ini, Ole Gunnar Solskjaer hanya memiliki Anthony Martial, Marcus Rashford dan juga Mason Greenwood.

Tanpa Martial yang mengalami kecederaan dalam kekalahan 1-2 menentang Crystal Palace pada Sabtu lalu, Solskjaer harus merencana strategi baharu untuk perlawanan menentang Southampton pada Sabtu akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *